Wednesday, January 25, 2012

tenaga pengajar SENAMAN TUA dan KECERGASAN @ DR AZLAN GHANIE






Biodata AZLAN GHANIE


Nama penuh : AZLAN JUMAT BIN ABDUL GHANIE


Nama Pena : AZLAN GHANIE


Nama Jawatan : PENDITA MAHAGURU PROFESOR DR.


Tarikh Lahir/Umur : 25 Disember 1959


Kerjaya Profesional :

1. Pengarah Urusan

- AZLAN GHANIE (M) SDN BHD

- PENDITA (M) SDN BHD

- DGAME SDN BHD

2. Vice President - Asia Pacific Open University

3. Penerbit/Ketua Pengarang

3. Presiden/Pengetua - Akademi Senaman & Silat Melayu

4. Penceramah Adat & Adab Melayu diberkenan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

5. Fasilitator Silat Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)

6. Penceramah Senaman melayu Tua di Jabatan Pengamal dan Perubatan Tradisional Komplementari (T&CM) Kementerian Kesihatan.



ANUGERAH :

1. Hall of Fame (Pendita) - Asia Pacific Open University/MAGMA Martial Arts Academy

2. Ahli Mahkota Pahang (AMP)



Persatuan (NGO) :

1. YDP PERSATUAN WARIS DAN KETURUNAN PENGIRAN BAGAUDIN MALAYSIA

2. MAHAGURU/PENGASAS PERSATUAN SILAT MELAYU KERIS LOK SEMBILAN MALAYSIA (LOK 9)

3. PENGASAS SENAMAN TUA (Senaman Melayu Tua)

4. PENGASAS/PENASIHAT/TIMBALAN PRESIDEN PERSATUAN GURU-GURU SENI BELADIRI MALAYSIA (MAGMA)

5. PENASIHAT PERSATUAN TAICHI CHUANG UK (NADI)


Jawatan sekarang : PENGARAH URUSAN/PENERBIT/KETUA PENGARANG


Alamat Syarikat : No. 6-1 Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah,

53300 Kuala Lumpur. Malaysia


No Telefon /Faks (P) : +6 03 - 4025 5379


Pengalaman kerja :

1982 - 84 : Mingguan PERDANA

(Dari pemberita kedet sukan hingga pengarang sukan)

- Harian NASIONAL (ketua pemberita sukan)

- Majalah BOLA SEPAK (Penulis Undangan)


1984 - 87 : Wartawan Kanan Mingguan WATAN dan Pengarang Sukan

(tawaran khas dari Kumpulan Karangkraf S/B)

- Mula memberi latihan kepada wartawan pelatih dari semua

media penerbitan syarikat Karangkraf

- Pengerusi Jawatankuasa khas untuk majlis keberangkatan

DYMM Sultan Selangor bersama anak-anak yatim dan sesi

pertemuan dengan tetamu undangan khas.

1987 - 90 : Pengasas majalah PENDEKAR dan bertindak

Ketua Pengarang Kumpulan.

- Melaksanakan buku Buletin SUKAN SEA 1989


1991 : Penulis Buku Pemuda UMNO Malaysia


1992 : Penasihat Penerbitan Majalah Sukan Pendidikan Majlis Sukan

Negeri Selangor (MSNS Sports Management S/B)


1993 - 94 : Ketua Penyunting Akhbar Harian WATAN.

Pengajar kepada pelatih dari Mass Comm. (ITM)


1994 - 96 : Ketua pengarang Mingguan WAWASAN & majalah

SUARA PEMUDA (lantikan khas dari Pemuda UMNO Malaysia).

-AJK Biro Pengaduan Awam Pemuda UMNO


1995 : Chief Editor buku MALACCA TOWARDS A HORIZON.


1996 : Penerbit, Pengarah Urusan & Ketua Pengarang Kumpulan Majalah SILAT, SENI BELADIRI, SUKAN MAS & EKSTRA

(Syarikat JALUR CITRANUSA (M) SDN BHD)


1999 : Dilantik sebagai penasihat / koordinator pertandingan

Silat dalam ASEAN FIGHT NIGHT 2000 -MIKE TYSON

-dilantik sebagai Penasihat/ koordinator Kejuaraan Silat Kebangsaan Tok Senik Langkawi 1999

Penasihat/ koordinator majalah THE PHOENIX (Australia)

untuk terbitan/ penyelarasan di Malaysia, Brunei, Singapura, Thailand dan Luar Negara.


2000 -Mengajar Silat Melayu Keris Lok 9 kepada 26 penuntut dari United Kingdom


2001 -Fasilitator Seminar Keris Melayu di Hotel Vistana, KL & di Kuantan

-Dilantik sebagai fasilitator projek pengguna Bluemosque Persatuan Pengguna Islam Malaysia


2002 -Fasilitator beladiri Health, Security, Safety & Environment Week Shell Malaysia (di Shell House dan Shell Cyberjaya)


2003 -Perunding Festival Seni Beladiri DiRaja Pahang 2003

-Fasilitator Seminar Senaman Tua di UIAM Gombak, MRSM Grik

-Panel 'Bicara Seni' Festival Wajadiri UKM

- Perunding dan kareografer telemovie VCD TEMBUNG


2004 - Seminar di Roermond, Belanda, Wawancara Seni Beladiri Wanita di UPM, Seminar Beladiri Wanita di AVON dan CNI, Latihan pengawal Blue Waves Jaya Jusco, Seminar di Kampung Keliang, Perak dan Latihan asas pesilat Eropah.


2005 - Kelas Mingguan Senaman Tua di UPM, Seminar Beladiri Wanita di MPSJ (Subang Jaya), penceramah seminar beladiri wanita dan Silat Melayu di universiti-universiti hampir setiap bulan, seminar Senaman Tua untuk rombongan Aikido UK, taichi UK dan pesilat Gayong US dan kunjungan pesilat dari Belanda. Perunding untuk sebuah syarikat Amerika Syarikat (Omar Hakim- Pengarah Urusan syarikat) untuk membeli bahan-bahan cetak dan eletronik dari Arkib Negara, Dewan Bahasa & Pustaka, Penerbitan Filem Negara dan syarikat TV tempatan. Perunding kejohanan antara universiti di Miet, Selangor.


2006 - Berkunjung ke Jakarta-Semarang-Jepara, Indonesia (Senaman Tua), seminar Senaman Tua, Pukulan 7 Hari dan Selengan. Mengendalikan kelas mingguan (Silat Melayu Keris Lok 9 & Senaman Tua) di MAS (Subang), UPM, Setapak dan Sungai Buloh. Perunding beberapa rancangan TV tempatan. Seminar kecergasan di Kuala Kubu (tajaan Pejabat Daerah Kuala Kubu), universiti MMU Melaka dan ceramah Melayu di UKM, Bangi dan menganjurkan beberapa seminar.

Dilantik sebagai Timbalan Presiden Persatuan Guru-guru Seni Beladiri Malaysia.

Menangkap kumpulan Black Money dari Afrika di pejabat majalah SENI BELADIRI.


2007 Kelas Silat Melayu & Senaman Tua di Petronas, KLCC. Menerbit buku Senaman Tua (dwi bahasa : Melayu dan Inggeris) dan buku Silat Tua (Inggeris). Seminar Silat Melayu dan Senaman Tua di Cape Town, Afrika Selatan. Membuka kelas mingguan Senaman tua di ibupejabat KWSP, Kuala Lumpur. Seminar Beladiri Wanita di Segamat dan Pasir HISTORY CHANNEL - HUMAN WEAPON - SILAT. Dilantik sebagai Penasihat Teknikal HATI (Persatuan Tai Chi UK).


2008 -Dilantik sebagai Pengarah Penasihat Dgames (game online) di Asia oleh syarikat Dgames di Eropah, Ceramah motivasi di Sekolah Menengah Sri Ampangan, Negeri Sembilan. Penceramah Hari Martabat Silat Melayu di UPSI, Perak. Penceramah Beladiri Wanita untuk Pelajar Undang-undang UiTM, Shah Alam, Selangor DE.


2009 -Seminar Kerambit 2009, Seminar Senaman Tua Tahap 1 2009, Seminar Antarabangsa Selengan 2009, Kaji selidik Senaman Tua oleh Institiut Gerontologi Universiti Putera Malaysia (UPM) bawah WHO, Senaman Tua untuk kakitangan terlibat dalam seminar motivasi Petronas. Seminar Senaman Tua untuk Pesara UPM. Dilantik Fasilitator Adat & Adab Modul Silat Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Kebangsaan. Merawat / kaji selidik Senaman Tua di Singapura.



2010 -Senaman Tua di Bagan, Pulau Pinang. Seminar Antarabangsa Selengan 2010, Ceramah Senaman Tua di Universiti Terbuka di Kuala Lumpur. Kaji selidik dengan atlit-atlit UiTM, kelas semesta Senaman Tua di Institiut Gerontologi -UPM, Kaji selidik senaman tradisi USM - Pulau Pinang, Seminar Senaman Tua dan Silat Melayu (Beladiri) Taman Laut Negara, Menerima Jemputan Untuk Rawatan Pesakit di Hospital Elizabeth Singapura, Mengadakan Ceramah Senaman Tua depan enam Negara dalam Konvensyen OIUCM di Kuala Lumpur, Seminar Rawatan Antarabangsa Institut Gerontologi UPM di Janda Baik dan Penceramah Senaman Tua depan 36 negara di Konvensyen OUICM, Colombo, Sri Lanka. Menerima ijazah Kedoktoran Kehormat dari OUICM. YDP Persatuan Waris dan Keturunan Pengiran Bagauddin (Kerabat Sultan Brunei) Malaysia .


2011 -Menerima jemputan istana dalam dan luar negara untuk Senaman Tua dan Silat Melayu, Penceramah Seminar Antarabangsa Senaman Tua, Pengarah Konferen & Konvokesyen Seni Beladiri MAGMA, Di lantik Vice President dan menerima ijazah Profesor dari Asia Pacific Open University Amerika Syarikat, Ahli Gabungan Pengamal Perubatan Melayu (GAPERA) - pengikhtirafan Jabatan Perubatan Komplementari Traditional (TCM) Kementerian Kesihatan, Pengasas/YDP Persatuan Pengamal Senaman Melayu Malaysia. Pengasas & Presiden Protem Persatuan pengamal Senaman Tua Malaysia. Penceramah Seminar Adat dan Adab/ Senaman dan Silat Melayu di Netherland, Penceramah Senaman Tua T&CM di Hari Kesihatan Rawatan Traditional Nusantara PWTC, Kuala Lumpur. Lawatan Rasmi Pusat Sejarah Brunei. Perbincangan Senaman melayu dengan Menteri Belia dan Sukan Brunei. Kajian Kuncian-kuncian untuk anggota polis.






TAMBAHAN

1.Satu-satunya wartawan di Malaysia yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam semua aspek penerbitan cetak kerana telah terlibat dalam akhbar harian, mingguan (termasuk tabloid), buku dan novel.


2. Satu-satunya wartawan di Malaysia yang tahu dan pakar dalam mengendalikan sendiri bidang fotografi, penyuntingan, grafik (manual & berkomputer), pisah warna, percetakan, pengedaran dan pengiklanan.


3.Mengendalikan gelanggang mingguan untuk kaji-selidik Silat Melayu dan senaman di Petronas (Isnin), UPM Sekuriti Serdang dan MAS Subang (Selasa), UPM Staf Serdang dan Setapak (Rabu), UPM Sekuriti Serdang dan Sapura TL Seri Kembangan (Khamis), Sungai Buloh (Jumaat), Surau Subang Jaya dan Setapak (Sabtu) dan masjid Puncak Alam 1 (Ahad).


4. Ilhamkan rancangan Radio 3 Kuantan bagi slot Apa Khabar Weh, Sembang- Sembang dan Tari Tinta (awal 90 an)


5.Mengembang Silat Melayu (nama pendaftaran Silat Melayu Keris Lok 9 Malaysia) dalam dan luar negara seperti di Amerika Syarikat, Britain, Australia, Itali, German, Perancis, Belanda, Afrika Selatan, Brunei, Singapura & Indonesia.


MOTO

1. Malaysia Pusat Seni Beladiri Dunia

2. Unity Through Martial Arts

No comments:

Post a Comment